winkkk


Monday, November 9, 2009

my Coursemate



INI ADALAH PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SEM 1 09/10 UKM.....

ABM~Alat bantu mengajar



Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang ingin memastikan kami berkeupayaan menghasilkan persembahan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan microsoft powerpoint secara kreatif dan inovatif. Oleh sebab kursus major kami adalah pendidikan khas kami telah membuat alat bantu mengajar yang sesuai dengan masalah audien kami atau pelajar kami.Kami telah memasukkan unsur bunyi, bahasa isyarat, ejaan,lagu dan gambar dalam bahan ini. Berikut merupakan kronologi tugasan kami:

1. tajuk
2. objektif
3. kumpulan sasaran
4. lagu pak mamat
5. bahan (bunyi, gambar, ejaan, bahasa isyarat)
6. latihan

Sunday, November 8, 2009

SPSS nota terakhirku



INILAH AHLI KUMPULAN SAYA BAJU OREN(saya),BIRU(ayu) DAN TUDUNG BERCORAK (kak nita)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada kali ini saya akan menceritakan pula tajuk terakhir yang diajarkan oleh Dr. Siti Fatimah dalam kelas komputer dalam pendidikan iaitu spss.Tugasan ini telah disiapkan oleh kami secara berkumpulan iaitu saya ,Nurhidayu bt jusoh dan Anita bt Hj Judin. Seperti yang kita tahu Spss merupakan suatu pangkalan untuk menganalisis data sesuatu kaji selidik yang dijalankan dan juga untuk mengira dapatan daripada kaji selidik tersebut.Proses refleksi kajian ini bermula apabila kami diarahkan membuat soalan kaji selidik dan mengedarkannya kepada 60 orang responden dan telah membahagikannya kepada tiga berdasarkan ahli kumpulan kami iaitu tiga. Jadi setiap orang dikehendaki mengedarkan 20 borang kaji selidik.Setelah selesai dijawab oleh responden kami telah memasukkan ke dalam data spss.Berikut merupakan kaedah yang dilakukan untuk memasuk dan menganalisis data tersebut.

1. membuka spss
2. akan keluar spss for window jadi pilih ~type in data~ok
3. akan keluar dua item iaitu data view dan variable view~pilih variable view
4. variable view~letak setiap maklumat dalam petak nama, label value yang disediakan
contohnya jantina,fakulti, umur dan setiap soalan yang ditanya
5. kemudian isi data view pula
6. data view~akan keluar setiap item yang kita tulis pada nama jadi masukkan value
setiap data itu.
7. setiap hasil data itu kita dapat menganalisisnya dalam bentuk graf dan jadual
8. setelah selesai memasukkan data kita ingin melihat perbezaan jawapan yang diberi
dalam bentuk graf
9. tekan define graf ~ambil bar~tekan define
10.kita boleh memilih soalan atau data yang ingin menjadi graf
11.setelah itu tekan <>

Pentingnya memahami tentang cara penggunaan spss ini kerana memberi banyak faedah dan kepentingannya yang tersendiri contohnya untuk melakukan ilmiah untuk tahun akhir nanti spss masih diperlukan jadi kefahaman teknik ini bagi setiap orang pelajar unuversiti itu sangat perlu dan bagi sesetengah pelajar yang ingin mencari duit lebih boleh mengambil upah menjadi RA bagi mana-mana pensyarah yang memerlukan mereka untuk memasukkan data ini yang seterusnya mendatangkan keuntungan kepada mereka bukan sahaja dari segi duit tetapi mempertingkatkan kefahaman sendiri.