winkkk


Friday, December 25, 2009

my supriz buzday............




23 Dis stiap thun adlh sambn hr jd ku.........
ini adlah surpriz buzday yg dbuat oleh kwn2 klej yg sm............
diorg mrncng dgn smpurna sekli tnpa pgthuanku yg dduk satu klej...

Monday, November 9, 2009

my Coursemate



INI ADALAH PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SEM 1 09/10 UKM.....

ABM~Alat bantu mengajar



Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang ingin memastikan kami berkeupayaan menghasilkan persembahan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan microsoft powerpoint secara kreatif dan inovatif. Oleh sebab kursus major kami adalah pendidikan khas kami telah membuat alat bantu mengajar yang sesuai dengan masalah audien kami atau pelajar kami.Kami telah memasukkan unsur bunyi, bahasa isyarat, ejaan,lagu dan gambar dalam bahan ini. Berikut merupakan kronologi tugasan kami:

1. tajuk
2. objektif
3. kumpulan sasaran
4. lagu pak mamat
5. bahan (bunyi, gambar, ejaan, bahasa isyarat)
6. latihan

Sunday, November 8, 2009

SPSS nota terakhirku



INILAH AHLI KUMPULAN SAYA BAJU OREN(saya),BIRU(ayu) DAN TUDUNG BERCORAK (kak nita)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada kali ini saya akan menceritakan pula tajuk terakhir yang diajarkan oleh Dr. Siti Fatimah dalam kelas komputer dalam pendidikan iaitu spss.Tugasan ini telah disiapkan oleh kami secara berkumpulan iaitu saya ,Nurhidayu bt jusoh dan Anita bt Hj Judin. Seperti yang kita tahu Spss merupakan suatu pangkalan untuk menganalisis data sesuatu kaji selidik yang dijalankan dan juga untuk mengira dapatan daripada kaji selidik tersebut.Proses refleksi kajian ini bermula apabila kami diarahkan membuat soalan kaji selidik dan mengedarkannya kepada 60 orang responden dan telah membahagikannya kepada tiga berdasarkan ahli kumpulan kami iaitu tiga. Jadi setiap orang dikehendaki mengedarkan 20 borang kaji selidik.Setelah selesai dijawab oleh responden kami telah memasukkan ke dalam data spss.Berikut merupakan kaedah yang dilakukan untuk memasuk dan menganalisis data tersebut.

1. membuka spss
2. akan keluar spss for window jadi pilih ~type in data~ok
3. akan keluar dua item iaitu data view dan variable view~pilih variable view
4. variable view~letak setiap maklumat dalam petak nama, label value yang disediakan
contohnya jantina,fakulti, umur dan setiap soalan yang ditanya
5. kemudian isi data view pula
6. data view~akan keluar setiap item yang kita tulis pada nama jadi masukkan value
setiap data itu.
7. setiap hasil data itu kita dapat menganalisisnya dalam bentuk graf dan jadual
8. setelah selesai memasukkan data kita ingin melihat perbezaan jawapan yang diberi
dalam bentuk graf
9. tekan define graf ~ambil bar~tekan define
10.kita boleh memilih soalan atau data yang ingin menjadi graf
11.setelah itu tekan <>

Pentingnya memahami tentang cara penggunaan spss ini kerana memberi banyak faedah dan kepentingannya yang tersendiri contohnya untuk melakukan ilmiah untuk tahun akhir nanti spss masih diperlukan jadi kefahaman teknik ini bagi setiap orang pelajar unuversiti itu sangat perlu dan bagi sesetengah pelajar yang ingin mencari duit lebih boleh mengambil upah menjadi RA bagi mana-mana pensyarah yang memerlukan mereka untuk memasukkan data ini yang seterusnya mendatangkan keuntungan kepada mereka bukan sahaja dari segi duit tetapi mempertingkatkan kefahaman sendiri.

Thursday, October 15, 2009

NOTA SAYA




MICROSOFT ACCESS
-Microsoft access merupakan pengkalan data atau dikenali sebagai database.
-Microsoft access-feuturing-blank database-letak nama sendiri sebagai pengenalan-create
-create-table –design view
-design view adalah untuk mengisytiharkan medan yang mengandungi maklumat peribadi
-Di dalam kelas saya telah diajar untuk memasukkan maklumat pelajar, kurikulum dan kokurikulum.
-Masukkan item dalam maklumat pelajar contoh nama, tarikh lahir, jantina, tempat lahir,nama bapa,pekerjaan,pendapatan,nama ibu, pekerjaan pendapatan.
-Masukkan item dalam kokurikulum iaitu sukan dan permainan,jawatan, persatuan, jawatan, badan beruniform,jawatan.
Masukkan item dalam kurikulum iaitu bahasa melayu,bahasa inggeris, sejarah,matematik.
-Selepas itu tekan database tool-relationship
-more form-form wizard
-Untuk query bagi mengira jumlah pendapatan ibu dan bapa:
-Fill-klik button kanan-build-table pendapatan-ok-pendapatan ibu+ pendapatan bapa-ok-run
-Untuk sistem maklumat pelajar:Query design-sistem maklumat pelajar-no pelajar-nama-pendapatan ibu-pendapatan bapa-kilk kanan-build-klik pendapatan bapa-pendapatan ibu-ok-run
NOTA MICROSOFT EXCEL
*Microsoft excel ialah perisian yang dicipta oleh pakar untuk menyusun , mengira dan memaparkan sesuatu data yang ingin direkodkan.
*Antara kegunaannya ialah merekod transaksi akaun semasa, merancang belanjawan atau mencipta laporan belanjawan.
*Melalui pembelajaran yang diajar oleh pensyarah saya telah diajar cara mencipta belanjawan untuk diri sendiri untuk satu tahun dan merekod markah murid dan melukis graf berdasarkan keputusan yang direkodkan.
1.*Cara mencipta belanjawan
-tulis untuk dua cell kemudian highlight dan tarik dekat hujung.
-bila dah selesai menulis item yang digunakan untuk perbelanjaan untuk kira jumlah (highlight semua belanjawan untuk hari tersebut kemudian tekan autosum)
-Untuk mengira jumlah hari pertama dan kedua ialah dengan tekan = jumlah hari pertama+jumlah hari kedua selepas itu autosum.
-begitulah seterusnya untuk hari berikutnya.
-sebelum sheet 2 kilk sheet 1 untuk tukar slide(bulan seterusnya)

2.*merekod markah murid dan melakar graf
- buat gred markah dahulu mula dari gred rendah dahulu.
-Formulas-define name-gred
-selepas itu buat senarai nama pelajar dan markah yang diperolehi untuk setiap matapelajaran.
-untuk mengira gred markah tersebut ialah auto-formulas-lookup-vlookup-lookup value(tekan pada markah)
-kemudian tekan table array (tekan pada gred, tulis gred, sehingga pada kotak akhir table array akan keluar perkataan true.
-kemudian bold akan keluar jadual untuk buat graf kemudian tekan insert –pada menu bar tekan graf yang ada
-akan keluar graf untuk markah tersebut.

Wednesday, September 2, 2009

RANGKA UNTUK POWERPOINT PENDIDIKAN KHAS

TAJUK:ADHD

PENGENALAN

ISI:
~Apakah itu ADHD
~Tanda-tanda ADHD
~Punca-punca ADHD
~Langkah penjagaan kanak-kanak ADHD
~Gambar kanak-kanak ADHD
~Soalan pemahaman mengenai ADHD
~Seuntai kata untuk dirasa

KESIMPULAN

Sunday, August 23, 2009






NOTA SAYA....KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

YAH00 GROUPS
 Perbincangan secara yahoo groups ini menggunakan teknologi komunikasi dengan melayari laman web groups contohnya groups yang saya sertai ialah ‘Kelas Komputer dalam Pendidikan ‘ dan saya boleh melayari laman web ahli groups.
 Akan berlaku komunikasi banyak hala kerana salah seorang daripada ahli groups akan mengemukakan persoalan dan ahli groups digalakkan untuk member persepsi atau pendapat masing-masing mengenai isu yang dipersoalkan.
 Apabila setiap ahli groups mengambil bahagian dalam pertukaran pendapat ini pendapat yang bernas akan diperolehi dan persoalan itu menemui jawapannya.
 Saya dikehendaki menjemput rakan-rakan untuk menyertai groups saya supaya ahli dalam kelas ini menjadi ahli groups saya.
 Saya boleh menjemput mereka masuk dalam groups saya melalui option ‘invite’ yang ada dan seterusnya meletakkan alamat emel mereka.
 Setiap tugasan yang diarahkan oleh pensyarah untuk dilakukan juga boleh dihantar melalui yahoo groups

FACEBOOK
 Menggunakn kaedah komunikasi dua hala kerana perbincangan hanya boleh dilakukan oleh dua pihak sahaja
 Maklumat yang dibincangkan hanya melibatkan dua pihak sahaja
 Selain itu facebook juga menyediakan khidmat ‘chatting’ yang membolehkan setiap ahli yang ada dalam facebook masing-masing itu membincangkan atau berkomunikasi dengan mudah
 Rakan-rakan facebook juga boleh menghantar ucapan harijadi atau uacapan untuk perayaan tertentu.
 Dengan menganggotai facebook ini kita boleh menyertai kelab yang ada contohnya saya telah menyertai Kelab Opensource, Kelab Pendidikan Khas dan Kelab Guru dan Bakal Guru.
 Melalui facebook juga kita dapat masukkan koleksi gambar dan video mengenai diri sendiri untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan facebook.

BLOG
• Untuk mendaftar blog kita mestilah mempunyai alamat gmail dahulu kemudian barulah boleh membuka blog sendiri.
• Blog digunakan untuk menyimpan nota serta tugasan mengenai pembelajaran yang diarahkan oleh pensyarah
• Antara nota yang diarahkan oleh pensyarah untuk saya lakukan dan tuliskan di blog ialah kepentingan facebook dalam pendidikan khas,kepentingan ict dalam pendidikan khas,nota sepanjang pembelajaran ict dan kemahiran metakognitif.

METAKU
 Setiap maklumat dalam metaku dapat dilihat dengan mengisi langkah pertama dahulu iaitu melakukan pendaftaran dalam laman web www.metaku.com.
 Setelah mendaftar kita dikehendaki menjawab soalan yang diberi bagi menentukan tahap kemahiran dan kefahaman kita terhadap bidang ict.
 Setelah itu kita dapat memasuki ruang lingkup setiap maklumat yang ada dalam metaku itu.Sewaktu membuka laman web itu kita dapat lihat tiga jenis option yang ada untuk dipelajari iaitu Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya.
 Melalui laman web ini kita dapat belajar mencari maklumat dan membantu dalam soa kaji selidik.
 Kita juga dapat mencari maklumat secara efektif iaitu melalui www.3metaku.com dan antara laman web bagi memudahkan pencarian ialah:
~http://www.microsoft.com/windows/products/winfamily/ie/
~www.firefox.com
~www.opera.com
~www.apple.com/safari

BROSUR
o Terdapat dua kaedah yang boleh kita pilih untuk membuat brosur iaitu Microsoft Word dan juga melalui Microsoft Publisher
o Melalui Microsoft Word kita hendaklah memilih option-page layout-ruler-column-tiga column
o Kemudian kita bolehlah meletakkan isi mengenai tajuk yang dipilh contohnya yang saya pilih ialah mengenai pendidikan khas
o Manakala melalui Microsoft Publisher pelajar boleh terus memilih reka bentuk yang diingini dan kemudian memasukkan isi untuk tajuk yang ingin dipersembahkan

MICOSOFT POWERPOINT
 Melalui Microsoft powerpoint kita dapat melihat perbezaan antara slide biasa dan slide master.
 Antara perbezaannya ialah dari segi:
~Background=kalau slide biasa kita kena edit satu-satu background tetapi kalau slide master apabila kita memilih salah satu jenis background ia akan terpapar di semua slide.
~Font=kalau slide biasa kita boleh ubah mengikut citarasa bagi setiap slide tetapi bagi slide master font yang digunakan akan sama bagi setiap slide
~Kegunaan=slide biasa digunakan untuk perbentangan tetapi slide master digunakan untuk memilih background dan jenis reka bentuk untuk setiap slide menjadi sama
~Masa=slide biasa agak merugikan masa kerana kena meletakkan background untuk setiap satu slide tetapi slide master menjimatkan masa kerana ia akan terpapar di semua slide dengan hanya memilih satu jenis background sahaja.

Friday, August 21, 2009

PROSES REFLEKSI METAKOGNITIF DALAM MENYIAPKAN TUGASAN





PENGENALAN METAKOGNITIF
kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dnan pembelajaran yang berlaku.Apabila kesedaran wujud seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, melaksana, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

PROSES REFLEKSI

a- Proses merancang
Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut di patuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti.
Semasa aktiviti itu dilaksanakan guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkahlaku mereka.
Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai segala peraturan yang diajarkan itu dipatuhi.Seperti yang saya pelajari di dalam kelas pensyarah pernah bertanyakan soalan kembali kepada kami apa yang kami faham pelajaran yang telah diajar dan setiap perkembangan tugasan yang diberi.

b-Proses melaksana

contoh~ menyoal pada semua peringkat
*menyoal ialah satun teknik penting untuk menjelaskan fikiran
*Elakkan murid-murid menimbulkan soalan pada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, melihat, mendengar dan menonton sesuatu contohnya (apa? bagaimana? mengapa?)Di dalam kelas jika tidak kami digalakkan oleh pensyarah untuk bertanya apa yang tidak dofahami.


c-Proses memantau

~Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya diri sendiri dari semasa ke semasa
~kami mesti memastikan setiap kerja yang diberi oleh pensyarah harus siap dan mesti dihantar pada rtarikh yang diberitahu.


D-Proses menilai

Pada peringkat inilah pensyarah akan menilai setiap tugasan yang diberikan contohnya tugasan dalam blog, brosur, buku program, powerpoint dan lain lagi.Pada peringkat inilah juga merupakan masa yang penting untuk kami menyipakan segala ktugasan kerana markah tugasan memperngaruhi markah akhir selain daripada peperiksaan.


Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang sesuai untuk menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan.

KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN KHAS

Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Ketika ini, terdapat sekolah pendidikan khas di seluruh negara, yang mana meliputi sekolah rendah dan sekolah menengah di samping program pendidikan khas intergrasi ( masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran)
Ekoran daripada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap potensi mereka yang tergolong dalam golongan istimewa ini semakin meningkat, program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas telah diperkembangkan. Jabatan Pendidikan Khas merancang untuk memperluaskan Program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas kepada . Lima model dilengkapi dengan kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber.

Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang dibekalkan adalah sama seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran perdana seperti komputer riba, projector, kemudahan internet dan seumpanya. Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan khas perlu dibekalkan peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah seperti
~Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin,
~Index Braille Embosser (mencetak tulisan Braille),
~Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan),
~Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan
~Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin).

Manakala antara perisian khusus yang dibekalkan untuk masalah pendengaran ialah,
~Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille,
~Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader.


PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS


Guru pendidikan khas mestilah mahir dalam ICT dan pada masa yang sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam bidang masing – masing. Guru – guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam menyediakan perisian pengajaran – pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik pelajar.
Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran
adalah masih kurang.
Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen, radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah perisian yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam dan sebagainya.
Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. oleh itu, semua pihak perlu membina satu hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah khas.

Wednesday, August 5, 2009

KEPENTINGAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN KHAS





Selaras dengan dunia sekarang iaitu dunia tanpa sempadan facebook amat penting dalam kehidupan kita.Bukan sahaja dalam kehidupan kita facebookjuga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas.Antara kepentingan facebook dalam pendidikan khas ialah:
  • menyebarkan pandangan dan pendapat mengenai pendidikan khas
  • menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan khas
  • berkongsi dan pandangan dan pendapat mengenai pendidikan khas sesama rakan
  • berkongsi pengalaman mengenai budak pendidikan khas sesama sendiri
  • menerangkan dengan lebih jelas berkaitan pendidikan khas dengan rakan-rakan facebook
itulah sajalah yang dapat saya kongsi pendapat mengenai kepentingan facebook dalam pendidikan khas, kuantitinyer... tak penting yang penting kita faham kepentingannya dan boleh diadaptasi dalam kehidupan harian.
tengok detective conan nila conan odagawa atau sinichi kudo comel kan........ inilah kartun favourite i bestnyer........bestnyer....menghiburkan dan menimbulkan reaksi suspen pada diri kita kerana berunsur penyiasatan..........bestnyer.....

Wednesday, July 29, 2009

CapRICOrn GIrl

seronokyeeee hidup kalau ada maknanya tapi lagi seronok kalau hidup bertemankan kawan-kawan dAN keluarga kan.........