winkkk


Friday, August 21, 2009

PROSES REFLEKSI METAKOGNITIF DALAM MENYIAPKAN TUGASAN





PENGENALAN METAKOGNITIF
kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dnan pembelajaran yang berlaku.Apabila kesedaran wujud seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, melaksana, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

PROSES REFLEKSI

a- Proses merancang
Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut di patuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti.
Semasa aktiviti itu dilaksanakan guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkahlaku mereka.
Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai segala peraturan yang diajarkan itu dipatuhi.Seperti yang saya pelajari di dalam kelas pensyarah pernah bertanyakan soalan kembali kepada kami apa yang kami faham pelajaran yang telah diajar dan setiap perkembangan tugasan yang diberi.

b-Proses melaksana

contoh~ menyoal pada semua peringkat
*menyoal ialah satun teknik penting untuk menjelaskan fikiran
*Elakkan murid-murid menimbulkan soalan pada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, melihat, mendengar dan menonton sesuatu contohnya (apa? bagaimana? mengapa?)Di dalam kelas jika tidak kami digalakkan oleh pensyarah untuk bertanya apa yang tidak dofahami.


c-Proses memantau

~Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya diri sendiri dari semasa ke semasa
~kami mesti memastikan setiap kerja yang diberi oleh pensyarah harus siap dan mesti dihantar pada rtarikh yang diberitahu.


D-Proses menilai

Pada peringkat inilah pensyarah akan menilai setiap tugasan yang diberikan contohnya tugasan dalam blog, brosur, buku program, powerpoint dan lain lagi.Pada peringkat inilah juga merupakan masa yang penting untuk kami menyipakan segala ktugasan kerana markah tugasan memperngaruhi markah akhir selain daripada peperiksaan.


Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang sesuai untuk menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment