winkkk


Sunday, August 23, 2009






NOTA SAYA....KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

YAH00 GROUPS
 Perbincangan secara yahoo groups ini menggunakan teknologi komunikasi dengan melayari laman web groups contohnya groups yang saya sertai ialah ‘Kelas Komputer dalam Pendidikan ‘ dan saya boleh melayari laman web ahli groups.
 Akan berlaku komunikasi banyak hala kerana salah seorang daripada ahli groups akan mengemukakan persoalan dan ahli groups digalakkan untuk member persepsi atau pendapat masing-masing mengenai isu yang dipersoalkan.
 Apabila setiap ahli groups mengambil bahagian dalam pertukaran pendapat ini pendapat yang bernas akan diperolehi dan persoalan itu menemui jawapannya.
 Saya dikehendaki menjemput rakan-rakan untuk menyertai groups saya supaya ahli dalam kelas ini menjadi ahli groups saya.
 Saya boleh menjemput mereka masuk dalam groups saya melalui option ‘invite’ yang ada dan seterusnya meletakkan alamat emel mereka.
 Setiap tugasan yang diarahkan oleh pensyarah untuk dilakukan juga boleh dihantar melalui yahoo groups

FACEBOOK
 Menggunakn kaedah komunikasi dua hala kerana perbincangan hanya boleh dilakukan oleh dua pihak sahaja
 Maklumat yang dibincangkan hanya melibatkan dua pihak sahaja
 Selain itu facebook juga menyediakan khidmat ‘chatting’ yang membolehkan setiap ahli yang ada dalam facebook masing-masing itu membincangkan atau berkomunikasi dengan mudah
 Rakan-rakan facebook juga boleh menghantar ucapan harijadi atau uacapan untuk perayaan tertentu.
 Dengan menganggotai facebook ini kita boleh menyertai kelab yang ada contohnya saya telah menyertai Kelab Opensource, Kelab Pendidikan Khas dan Kelab Guru dan Bakal Guru.
 Melalui facebook juga kita dapat masukkan koleksi gambar dan video mengenai diri sendiri untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan facebook.

BLOG
• Untuk mendaftar blog kita mestilah mempunyai alamat gmail dahulu kemudian barulah boleh membuka blog sendiri.
• Blog digunakan untuk menyimpan nota serta tugasan mengenai pembelajaran yang diarahkan oleh pensyarah
• Antara nota yang diarahkan oleh pensyarah untuk saya lakukan dan tuliskan di blog ialah kepentingan facebook dalam pendidikan khas,kepentingan ict dalam pendidikan khas,nota sepanjang pembelajaran ict dan kemahiran metakognitif.

METAKU
 Setiap maklumat dalam metaku dapat dilihat dengan mengisi langkah pertama dahulu iaitu melakukan pendaftaran dalam laman web www.metaku.com.
 Setelah mendaftar kita dikehendaki menjawab soalan yang diberi bagi menentukan tahap kemahiran dan kefahaman kita terhadap bidang ict.
 Setelah itu kita dapat memasuki ruang lingkup setiap maklumat yang ada dalam metaku itu.Sewaktu membuka laman web itu kita dapat lihat tiga jenis option yang ada untuk dipelajari iaitu Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya.
 Melalui laman web ini kita dapat belajar mencari maklumat dan membantu dalam soa kaji selidik.
 Kita juga dapat mencari maklumat secara efektif iaitu melalui www.3metaku.com dan antara laman web bagi memudahkan pencarian ialah:
~http://www.microsoft.com/windows/products/winfamily/ie/
~www.firefox.com
~www.opera.com
~www.apple.com/safari

BROSUR
o Terdapat dua kaedah yang boleh kita pilih untuk membuat brosur iaitu Microsoft Word dan juga melalui Microsoft Publisher
o Melalui Microsoft Word kita hendaklah memilih option-page layout-ruler-column-tiga column
o Kemudian kita bolehlah meletakkan isi mengenai tajuk yang dipilh contohnya yang saya pilih ialah mengenai pendidikan khas
o Manakala melalui Microsoft Publisher pelajar boleh terus memilih reka bentuk yang diingini dan kemudian memasukkan isi untuk tajuk yang ingin dipersembahkan

MICOSOFT POWERPOINT
 Melalui Microsoft powerpoint kita dapat melihat perbezaan antara slide biasa dan slide master.
 Antara perbezaannya ialah dari segi:
~Background=kalau slide biasa kita kena edit satu-satu background tetapi kalau slide master apabila kita memilih salah satu jenis background ia akan terpapar di semua slide.
~Font=kalau slide biasa kita boleh ubah mengikut citarasa bagi setiap slide tetapi bagi slide master font yang digunakan akan sama bagi setiap slide
~Kegunaan=slide biasa digunakan untuk perbentangan tetapi slide master digunakan untuk memilih background dan jenis reka bentuk untuk setiap slide menjadi sama
~Masa=slide biasa agak merugikan masa kerana kena meletakkan background untuk setiap satu slide tetapi slide master menjimatkan masa kerana ia akan terpapar di semua slide dengan hanya memilih satu jenis background sahaja.

No comments:

Post a Comment