winkkk


Friday, August 21, 2009


KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN KHAS

Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Ketika ini, terdapat sekolah pendidikan khas di seluruh negara, yang mana meliputi sekolah rendah dan sekolah menengah di samping program pendidikan khas intergrasi ( masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran)
Ekoran daripada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap potensi mereka yang tergolong dalam golongan istimewa ini semakin meningkat, program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas telah diperkembangkan. Jabatan Pendidikan Khas merancang untuk memperluaskan Program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas kepada . Lima model dilengkapi dengan kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber.

Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang dibekalkan adalah sama seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran perdana seperti komputer riba, projector, kemudahan internet dan seumpanya. Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan khas perlu dibekalkan peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah seperti
~Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin,
~Index Braille Embosser (mencetak tulisan Braille),
~Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan),
~Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan
~Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin).

Manakala antara perisian khusus yang dibekalkan untuk masalah pendengaran ialah,
~Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille,
~Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader.


PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS


Guru pendidikan khas mestilah mahir dalam ICT dan pada masa yang sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam bidang masing – masing. Guru – guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam menyediakan perisian pengajaran – pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik pelajar.
Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran
adalah masih kurang.
Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen, radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah perisian yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam dan sebagainya.
Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. oleh itu, semua pihak perlu membina satu hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah khas.

No comments:

Post a Comment